Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS TERBUKA AUSTRALIA

Pertarungan lebih lima jam buahkan hasil bagi Murray

Jan 21, 2023 | 05:30 AM



MELBOURNE: Pemain veteran Andy Murray bangkit dalam perlawanan lima set yang berakhir pada 4 pagi untuk mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia dengan kemenangan luar biasa ke atas tuan rumah, Thanasi Kokkinakis awal semalam.



Di hadapan penonton di Margaret Court Arena yang riuh rendah di Melbourne, warga Britain itu akhirnya menang 4-6, 6-7 (4/7), 7-6 (7/5), 6-3, 7-5.



Perlawanan lima jam dan 45 minit itu ialah yang terpanjang dalam kerjaya Murray.



Bekas pemain nombor satu dunia berusia 35 tahun itu akan menentang Roberto Bautista Agut dari Sepanyol dalam pusingan ketiga.



"Sukar sekali hendak percaya saya berjaya melakukannya, untuk mengubah keadaan," kata juara Grand Slam tiga kali itu, yang mempunyai pinggul metalik dan mempertimbangkan persaraan empat tahun lalu di Melbourne Park.



"Saya tidak tahu bagaimana saya berjaya melaluinya.



"Saya mula bermain dengan lebih baik ketika perlawanan berlangsung, dan ya, saya mempunyai hati yang besar," kata Murray, yang disambut sorakan.



"Saya suka bertanding, saya sering meluahkan perasaan, saya sentiasa menunjukkan emosi saya apabila saya bermain."



Kokkinakis dari Australia yang menduduki kedudukan ke-159 mendahului dua set, sebelum Murray bangkit untuk muncul sebagai pemenang. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >