Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN TRIATLON

Pertubuhan Triatlet Profesional Terbuka Asia kembali ke S’pura pada 2024

Nov 14, 2023 | 05:31 AM



Terbuka Asia Pertubuhan Triatlet Profesional (PTO) akan kembali ke Singapura, dan dijadual berlangsung pada 12 hingga 14 April 2024. 

Perlumbaan 100 kilometer itu akan menampilkan segmen berenang sejauh dua kilometer, berbasikal 80 kilometer dan berlari jarak 18 kilometer, sebelum berakhir di Marina Bay. 

Acara renang akan diadakan di Marina Bay sekali lagi, manakala butiran bagi segmen berbasikal dan larian akan diumumkan pada awal 2024, lapor akhbar The Straits Times.


Pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020, Kristian Blummenfelt, dan wanita PTO terbaik dunia, Ashleigh Gentle, memenangi Terbuka Asia sulung diadakan di Singapura pada Ogos. 

Kedua-duanya membawa pulang AS$100,000 ($135,700) setiap seorang di atas kemenangan mereka.

Blummenfelt dari Norway menamatkan perlumbaan dalam masa tiga jam 20 minit 47 saat, mendahului atlet Belgium, Pieter Heemeryck (3:22:46), dan Jason West dari Amerika Syarikat (3:24:02).

Sementara itu warga Australia, Gentle, menamatkan perlumbaan untuk peserta wanita dalam masa 3:41:16, mendahului Anne Haug dari Jerman (3:43:32) di tempat kedua dan Chelsea Sodaro dari Amerika di tempat ketiga dalam masa 3:46:10.

Ketua Eksekutif PTO, Sam Renouf berkata:

“Singapura merupakan tempat sesuai untuk PTO kerana ia menggambarkan dengan tepat bagaimana kami ingin membawa triatlon jarak jauh kepada penonton yang lebih luas – menerusi atlet bertaraf dunia yang bersaing sengit di lokasi ikonik dan disiarkan kepada peringkat sejagat.”

Selain Singapura, Jelajah PTO musim ini mempunyai dua perhentian lain.

Terbuka Eropah diadakan di Ibiza pada 6 Mei dan Terbuka AS di Milwaukee pada 5 Ogos.

Terbuka Eropah 2024 akan diadakan di Sepanyol sekali lagi dari 28 hingga 29 September.

Peringkat selanjutnya akan diumumkan kemudian.

Pengarah Eksekutif, Sukan dan Kesejahteraan, Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Cik Ong Ling Lee, berkata:

“Dengan pemandangan bandar ikonik Singapura sebagai latar belakang, Terbuka Asia PTO menyumbang kepada pengalaman unik kami yang mengagumkan, menawarkan peserta peluang berenang di tempat yang tidak seperti tempat lain di dunia, satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.”

Selain kategori profesional, acara lain ialah triatlon amatur berpengalaman sejauh 100 kilometer, serta ‘duathlon standard’ (larian 4.5 kilometer, basikal 32 kilometer, larian 4.5 kilometer) dan jarak jauh (larian 9 kilometer, basikal 64 kilometer, larian sembilan kilometer).

Perlumbaan 2023 menyaksikan bekas juara renang Olimpik Singapura, Joseph Schooling, menyertai kategori larian berganti-ganti berpasukan bersama bekas dan atlet negara semasa yang lain seperti pelumba basikal, Calvin Sim, dan pelari maraton, Jasmine Goh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >