Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala FA: Bristol City kalahkan West Ham, mara ke pusingan keempat

Jan 17, 2024 | 11:19 AM



LONDON: Bristol City menang mengejut ke atas pasukan Liga Perdana England (EPL), West Ham, yang bermain dengan 10 pemain, dalam pusingan ketiga Piala FA.


Ini bermakna Bristol, yang kini berada di tangga ke-14 daripada 24 pasukan yang bermain dalam Liga Championship, berjaya menempah tempat di pusingan keempat pertandingan itu.

Kemenangan Bristol City diperoleh pada awal perlawanan, iaitu minit ketiga, dengan Tommy Conway memintas umpanan dekat oleh Konstantinos Mavropanos lalu menggelecek bola melepasi penjaga gol West Ham, Lukasz Fabianski, dan kemudian menjaringkan gol secara tenang.

West Ham, yang ketiadaan para pemain utama seperti Jarrod Bowen, Lucas Paqueta dan Mohammed Kudus, menghadapi kesukaran untuk menghasilkan jaringan, dan percubaan paling baik pasukan itu dilakukan oleh Tomas Soucek, namun ia ditepis keluar oleh penjaga gawang Bristol City, Max O’Leary.

West Ham, yang dikendalikan pengurus David Moyes, terpaksa bermain dengan 10 pemain pada minit ke-51 selepas Said Benrahma dilayang kad merah kerana menendang Joe Williams dalam tindak balas apabila beliau dikasari.

Permainan kemudian menjadi lebih agresif dengan pemain midfield Bristol City Taylor Gardner-Hickman dilayang kad kuning kerana menghayun tangannya ke arah Aaron Cresswell sebelum menolak dada pemain itu sebanyak dua kali.

Dalam pusingan keempat, Bristol City akan menentang pasukan EPL Nottingham Forest atau pasukan Liga Satu England, Blackpool.

Semasa ditemu ramah media, Moyes berkata kekalahan pasukannya “amat merugikan”.

“Ia amat merugikan. Kami memang hendak terus kekal dalam pertandingan Piala FA ini tapi kami juga perlu bersedia bermain di Eropah pada Mac, dan pada masa ini kami juga dalam kedudukan baik dalam EPL.

“Namun, kami tetap kecewa kerana tersingkir daripada pertandingan ini,” ujar Moyes.

Sementara itu, pengurus Bristol City, Liam Manning, berkata suasana perlawanan itu begitu luar biasa.

“Suasananya amat hebat dan ia satu kenangan istimewa buat para pemain kami. Kami menunjukkan daya tahan, dan hubungan baik antara pemain,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >