Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS

Terbuka Perancis: Miyu Kato mohon maaf bola terkena remaja

Jun 06, 2023 | 11:00 AM



PARIS: Pemain tenis Jepun, Miyu Kato, telah mengeluarkan permohonan maaf pada malam Ahad selepas sebiji bola yang dipukulnya terkena seorang remaja perempuan penjaga bola semasa perlawanan tiga pusingan beregu di Terbuka Perancis.


Kejadian yang berlaku itu menyebabkan pengadil membatalkan penyertaan Kato dan rakan gandingannya dari Indonesia, Aldila Sutjiadi, dalam perlawanan itu sedang mereka mendahului 3-1 dalam set kedua semasa berhadapan dengan pemain asal Czech Republic, Marie Bouzkova dan pemain Sepanyol, Sara Sorribes Tormo.

Dalam set pertama, Kato dan Sutjiadi tewas 7-6 (7-1) kepada lawan beregu mereka.

“Saya benar-benar ingin mohon maaf kepada ‘gadis bola’ itu, rakan beregu saya, Aldila, serta pasukan kami dan juga para penyokong saya kerana kejadian yang tidak diingini ini.

“Ia sememangnya tidak disengajakan,” kata pemain nombor 31 perlawanan beregu itu dalam satu catatan Twitter.

“Akibatnya, saya didenda oleh Roland Garros di mana saya gagal mendapatkan hadiah berupa wang serta mata permainan. Saya hargai semua sokongan berterusan anda.”

Bola tersebut dilihat dipukul secara bersahaja oleh Kato ke arah bertentangan gelanggang tersebut, sebelum terkena remaja perempuan di belakangnya sehingga menyebabkan remaja itu menangis.

Pada awalnya pengadil telah memberi amaran kepada pasangan beregu itu, sebelum Bouzkova dan Sorribes Tormo memberitahu pengadil bahawa gadis tersebut kelihatan amat terjejas dengan kejadian tersebut.

Sehari selepas kejadian itu, Kato dilaporkan menangis semasa bermain dalam beregu campuran dan masih terjejas semasa beliau cuba berbual dengan wartawan.

“Miyu rasa terjejas dengan apa yang berlaku,” kata Tim Puetz, rakan beregu campuran Kato.

Dalam satu sidang media pada Isnin selepas perlawanan beregu campuran, Kato tidak berbual sebelum meninggalkan bilik temu ramah untuk menenangkan dirinya.

Namun, beliau kembali beberapa minit kemudian dengan lebih tenang untuk menjawab soalan-soalan dalam bahasa Jepun.

Mengenai keputusan menyingkirkan rakannya itu, Puetz yang berasal dari Jerman berkata:

“Kami di bilik persalinan lelaki semua berkata adalah mustahil penyertaannya dibatalkan ekoran kejadian itu. Anda pasti rasa kasihan terhadapnya,’‘ kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >