Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tiga gol Richarlison bantu Spurs benam Sailors 5-1

Sailors tewas, tapi Shawal Anuar akur jaring gol tunggal pasukan antara saat paling manis dalam kerjaya
Jul 27, 2023 | 10:31 AM



Raungan gemuruh bergema di Stadium Nasional apabila penyerang Tottenham Hotspur Son Heung-Min memanaskan badan di padang sebelum Spurs menentang Lion City Sailors pada Rabu malam.

Apa tidak, pemain asal Korea Selatan itu adalah pemain bola sepak Asia terhangat sekarang.

Tetapi rakan sepasukannya, Richarlison, yang mencuri tumpuan ramai dalam perlawanan Piala Tiger apabila Spurs menundukkan Sailors 5–1 sebagai sebahagian daripada persiapan pramusim mereka.

Penyerang Brazil itu tidak disertakan dalam kesebelasan utama tetapi mendapat peluang memulakan separuh masa kedua selepas beliau menggantikan penyerang utama Harry Kane.

Sailors membuka tirai jaringan awal dalam separuh masa pertama pada minit ke–14 selepas penyerang Shawal Anuar menerkam bola apabila barisan pertahanan Spurs gagal mengawal hantaran silang Maxime Lestienne.

Gol Shawal Anuar mencetuskan sorakan dan nyanyian daripada kelab peminat Sailors, The Crew, yang berhimpun di sebelah kanan stadium.







Spurs kurang menyengat dan tidak dapat menjaringkan gol sehingga Kane menyempurnakan tendangan penalti pada minit–45 yang berjaya menyamakan kedudukan sebelum wisel separuh masa.

Tetapi ini berubah selepas pengurus Ange Postecoglou memasukkan pasukan baru pada separuh masa kedua dengan menggantikan kesemua 11 pemain.

Jaringan hatrik Richarlison dan gol tunggal pemain tengah Giovani Lo Celso menamatkan harapan Sailors untuk bangkit kembali.

Semasa sidang media, Postecoglou berkata: “Richarlison mempunyai sifat dan etika kerja yang kuat, dan sering berada di kawasan yang betul.

“Saya rasa ia adalah perlawanan yang hebat. Secara tradisi, mereka (Sailors) adalah pasukan teratas atau teratas kedua di Singapura.

“Kami juga menerima sambutan yang hebat daripada peminat. Ini adalah stadium yang hebat dan saya rasa pemain menikmati diri mereka hari ini.”

Walaupun tewas, Sailors tidak kecewa dengan keputusan itu, malah menganggapnya sebagai satu pengajaran, kata ketua jurulatih Aleksandar Rankovic.

“Kami mempelajari banyak perkara daripada perlawanan ini, kami dapat melihat bagaimana saingan terbaik bermain dari segi kepantasan dan kemahiran taktikal.

“Saya hanya memberitahu pemain saya untuk berseronok. Saya tidak mahu memberi tekanan kepada mereka.

“Tetapi kami akan menggunakan pengalaman ini untuk bersiap sedia bagi menghadapi kepayahan Liga Juara–Juara Asia (ACL) nanti,” kata Rankovic.

Sailors bakal bertanding dalam ACL yang akan berlangsung dari 18 September 2023 hingga 18 Mei 2024.

Ini juga bukan kali pertama kelab tempatan itu berdepan dengan saingan Eropah. Malah, mereka pernah menentang kelab German, Borussia Dortmund, pada 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >