Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Pameran 'Sirri na Pesse' telusuri identiti masyarakat Bugis di S'pura

Jul 06, 2021 | 05:30 AM



SATU pameran mengenai masyarakat Bugis 'Sirri na Pesse: Menelusuri Identiti Masyarakat Bugis di Singapura' telah diadakan di Taman Warisan Singapura (MHC) dari 15 Oktober 2017 hingga 24 Jun 2018.



Diusahakan dengan kerjasama masyarakat Bugis-Melayu Singapura, pameran itu memaparkan sejarah dan warisan budaya Bugis melalui gambar, dokumen arkib, budaya dan barangan milik masyarakat Bugis tempatan.



Ia juga menunjukkan bagaimana masyarakat Bugis menyesuaikan diri, memperbaharui dan mewujudkan semula pelbagai unsur budaya mereka, dan bagaimana mereka menjadi sebahagian penting masyarakat Melayu Singapura.



Tajuk pameran dalam bahasa Bugis ini merujuk kepada nilai maruah yang dianggap sangat penting bagi masyarakat Bugis.



Sirri dan pesse, yang secara ringkas bermaksud mempertahan harga diri dan semangat perpaduan, menggambarkan disiplin dan amanah ini selari dengan prinsip orang Bugis.



Asal usul orang Bugis dari wilayah Sulawesi Selatan. Orang Bugis, yang merujuk diri mereka sebagai To Ugi, berjiran dengan penduduk Makassar, Toraja dan Mandar yang berbeza daripada segi bahasa dan budaya.



Sesetengah masyarakat Bugis percaya bahawa mereka berasal daripada darah kerabat diraja yang terbit daripada perkahwinan antara Nabi Sulaiman dengan Balqis, Ratu Sheba (sebuah kerajaan purba Arab Selatan, Saba, yang kini terletak di Yaman).



Batara Guru dan Sawérigading, protagonis mitos rekaan Bugis, Sureq Galigo, dianggap berasal daripada salasilah keturunan ini, sama seperti lima orang putera Bugis - Daeng Parani, Daeng Menambun, Daeng Marewah, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi - yang memimpin diaspora masyarakat Bugis di Kepulauan Riau dan Tanah Melayu.



Sepanjang berabad lamanya, orang Bugis bekerja sebagai petani yang mengamalkan pertanian secara tebang-bakar.



Bangsa mereka mula terserlah dalam bidang perdagangan dan politik serantau pada abad ke- 18 apabila kerajaan-kerajaan Bugis mula berhubungan dengan pedagang dan penjajah Eropah.



Sejak itu, orang Bugis menjadi masyhur dan dikenali sebagai orang tengah dan juga saingan pedagang Eropah selain sebagai pelaut dan pedagang yang ulung.



Pada abad ke-18, penempatan Bugis boleh dijumpai di Semenanjung dan Kepulauan Melayu. Pedagang dan saudagar Bugis juga memantapkan penglibatan mereka dalam rangkaian perdagangan rantau ini.



Mereka juga membuat usaha bersepadu demi mengukuhkan penglibatan mereka dalam politik tempatan.



Surat perjanjian, kontrak perniagaan dan perkahwinan merupakan antara pelbagai kaedah politik, ekonomi dan sosial yang digunakan keluarga Bugis untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >