Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

3 pertimbangan untuk pilih Pelan CPF Life

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 pertimbangan untuk pilih Pelan CPF Life

Dec 22, 2020 | 05:00 AM



Menabung untuk persaraan anda lebih mudah dengan skim CPF LIFE (Pendapatan Sepanjang Hayat Bagi Orang Yang Lanjut Usia), yang memberi anda pembayaran bulanan sepanjang hayat bermula pada usia 65 tahun. Dengan tiga pelan CPF LIFE untuk dipilih, berikut adalah perkara yang perlu anda pertimbangkan:

 





1) APAKAH PENDAPATAN PERSARAAN YANG ANDA PERLUKAN?

Memutuskan jenis pendapatan persaraan yang anda perlukan dari pelan CPF LIFE adalah penting bagi memilih pelan yang paling sesuai bagi anda. Berikut adalah tiga pelan CPF LIFE:



PELAN PENAMBAHAN CPF LIFE

Barang-barang yang berharga $10 semasa anda berusia 65 tahun, mungkin akan berharga $15 apabila anda menjangkau usia 85 tahun.

Jika anda bimbang kos sara hidup akan meningkat dalam tahun-tahun persaraan anda, Pelan Penambahan CPF LIFE sesuai untuk anda.

Pelan ini menyediakan pembayaran bulanan yang bertambah sebanyak 2 peratus setiap tahun, untuk membantu anda mengekalkan taraf kehidupan anda meskipun harga barang meningkat saban tahun.

Di bawah Pelan Penambahan, pembayaran bulanan bermula dari $1,000 pada usia anda 65 tahun dan akan mencapai lebih kurang $1,500 apabila anda berusia 85 tahun.



PELAN STANDARD CPF LIFE

Jika anda lebih selesa berbelanja dengan bajet tetap meskipun harga meningkat, Pelan Standard CPF LIFE menyediakan pembayaran yang stabil dan setara.

Pembayaran bermula pada kadar lebih tinggi berbanding Pelan Penambahan jika anda menyertai skim ini dengan premium CPF LIFE yang sama, namun akan kekal pada kadar tersebut sepanjang hayat anda dan kemudian akan menjadi lebih rendah berbanding dengan Pelan Penambahan.



PELAN ASAS CPF LIFE

Jika anda boleh bermula dengan pembayaran bulanan lebih rendah yang kemudiannya akan berkurangan secara progresif, Pelan Asas CPF LIFE sesuai bagi anda. 

Pelan Asas adalah pelan yang pertama kali disediakan semasa CPF LIFE diperkenalkan pada tahun 2009.

Tidak seperti Pelan Standard yang memberikan pembayaran bulanan lebih tinggi dan stabil, pembayaran di bawah Pelan Asas lebih rendah dan akan berkurangan secara progresif apabila keseluruhan baki CPF anda jatuh di bawah paras $60,000. 

Ini kerana faedah tambahan yang diterima daripada $60,000 pertama baki keseluruhan CPF anda disalurkan ke Akaun Persaraan (RA) dan dibayar sebagai sebahagian daripada pembayaran bulanan. 

Memandangkan jumlah baki akaun anda berkurangan setelah pembayaran dilakukan, faedah tambahan yang diterima dan pembayaran selanjutnya juga akan berkurangan.

Bagi kesemua tiga pelan ini, anda akan menikmati pembayaran sepanjang hayat anda dan baki premium CPF LIFE akan diserahkan kepada waris anda — bersama dengan baki simpanan CPF anda — setelah anda meninggal dunia.





2) BERAPAKAH YANG ANDA PERLUKAN?

Setelah anda membuat keputusan mengenai pelan CPF LIFE yang paling sesuai, langkah selanjutnya ialah untuk membuat perkiraan pembayaran bulanan yang diperlukan. 

Ini termasuk memikirkan tentang gaya hidup yang anda inginkan dalam tahun-tahun persaraan, dan perbelanjaannya.

Anda boleh menggunakan CPF LIFE Estimator untuk mendapatkan anggaran jumlah simpanan CPF yang diperlukan bagi mencapai pembayaran bulanan tersebut di bawah pelan CPF LIFE pilihan anda.



Imbas kod QR bagi menggunakan CPF LIFE Estimator



3) BAGAIMANAKAH ANDA BOLEH MENCAPAI MATLAMAT ANDA?



Jika anda rasa anda tidak akan dapat mencapai matlamat anda, terdapat dua perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu diri anda mencapai matlamat tersebut.

Anda boleh menggunakan wang tunai atau simpanan CPF anda untuk menokok Akaun Khas CPF (jika anda berusia di bawah 55 tahun) atau Akaun Persaraan (jika anda berusia 55 tahun ke atas)*. Mulakan secara awal dengan jumlah tokokan kecil dan tetap untuk menghasilkan perbezaan yang besar. 

Tambahan $5 sehari kepada simpanan CPF anda akan menjana $35,000 dalam masa 15 tahun** menerusi hasil faedah berkompaun.

Jika anda tidak mempunyai keperluan segera, anda boleh menangguhkan pembayaran bulanan CPF LIFE. Bagi setiap tahun anda menangguhkan pembayaran, pembayaran bulanan anda akan bertambah sebanyak 7 peratus. 

Anda boleh menangguhkan pembayaran sehingga anda berusia 70 tahun, dan selepas itu pembayaran tersebut akan bermula secara automatik.



* Jumlah simpanan dalam Akaun Khas dan/atau Akaun Biasa sehingga Jumlah Persaraan Penuh boleh dipindahkan ke dalam Akaun Persaraan apabila anda mencapai usia 55 tahun.

** Dikira menggunakan faedah asas 4 peratus setahun bagi Akaun Khas atau Akaun Persaraan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >