Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Akan aku terus mencari sesuatu yang murni mengelus hati

Dec 3, 2023 | 5:30 AM
KEMBARA: Gambaran pengembara yang tiba di bumi Iran, dengan menggunakan kenderaan dua rodanya (gambar hiasan).
KEMBARA: Gambaran pengembara yang tiba di bumi Iran, dengan menggunakan kenderaan dua rodanya (gambar hiasan). - Foto The Wandering Wasp

Gunung tinggi telah kudaki
belantara tebal telah kuredahi
lurah curam telah kuturuni
lautan dalam telah kuselami
tapi aku masih belum menemui
sesuatu murni yang aku cari
begitu menyenangkan mengelus hati.

Adakah kegagalan pencarian
kerana rahsia penuh toksik pekat racun
yang aku simpan dan sembunyikan
memandulkan pemikiran dan perasaan
positif lagi menggelinjang atma
daripada mencipta kehidupan bermakna
merafakkan nasib berbunga lebat
berbau harum cempaka penuh keyakinan
dalam menerima dan mempercayai
kumbang pendirian
betapa harus memikirkan
manis madu yang diingini
bukan manis keinginan
untuk mengelakkan kepahitan
dalam sebuah kelekaan berulit kebenaran?

Laporan berkaitan
MuhasabahOct 6, 2023 | 1:11 PM
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg