Aku atau sesiapa saja yang berhiba Akankah hidup serupa cemara Yang berderai rambut mahkotanya Bagai jarum-jarum ingatan Mendayu bersama angin menderu.
Aku atau sesiapa saja yang berharap Akankah berusia serupa beringin Yang berjurai akar topangnya Bagai pilar-pilar kenangan Membisu setiap musim berlalu.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg