Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Amerika iktiraf Michelle Yeoh perintis Anugerah Oscar Pelakon Terbaik dari Asia

May 8, 2024 | 5:30 AM
Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menyarungkan kalung Pingat Kebebasan Presiden kepada pelakon, Michelle Yeoh, dalam satu upacara di Rumah Putih di Washington pada 3 Mei.
Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menyarungkan kalung Pingat Kebebasan Presiden kepada pelakon, Michelle Yeoh, dalam satu upacara di Rumah Putih di Washington pada 3 Mei. - Foto REUTERS

Pelakon kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh, telah dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, kerana beliau menjadi orang Asia pertama yang memenangi Anugerah Oscar sebagai Pelakon Terbaik pada 2023.

Dalam penyampaian medal kepada beliau pada 3 Mei, Encik Biden menyatakan bahawa selama beberapa dekad, Yeoh telah “menghapuskan stereotaip dan mengatasi halangan dalam industri untuk memperkaya dan meningkatkan budaya Amerika.”

“Peranan beliau menjangkau jantina, budaya, dan bahasa. Daripada seni bela diri, kepada komedi romantis, hingga cereka sains, untuk menunjukkan kepada kita apa yang kita semua miliki secara bersama.

Sebagai pelakon Asia pertama yang memenangi Anugerah Oscar sebagai Pelakon Wanita Terbaik, beliau merapatkan budaya tidak hanya untuk menghibur, bahkan menginspirasi dan membuka hati, dan itulah yang beliau terus lakukan. Tahniah,” kata Encik Biden.

Dengan ini, Yeoh – yang menerima pingat bersama dengan 18 bintang lain – telah menyertai golongan individu yang menerima anugerah sivil tertinggi Amerika.

Pada Mac 2023, Yeoh mencatat sejarah sebagai orang Asia dan Malaysia pertama memenangi Anugerah Oscar bagi peranannya dalam filem, Everything Everywhere All At Once.

Dalam watikah mengenai Yeo di majlis itu, Rumah Putih berkata usaha pelakon itu untuk memajukan kesamarataan jantina, isu pemuliharaan, dan kesihatan sejagat telah dirasai di seluruh dunia.

“Sama ada sebagai pelakon atau peneroka, Michelle Yeoh terus memperkayakan budaya Amerika dan menginspirasi kita untuk percaya pada kemungkinan di pawagam dan di luar sana,” katanya.

Menurut agensi berita Reuters, Cik Yeoh, yang merupakan orang Asia pertama yang memenangi Anugerah Akademi bagi Pelakon Terbaik pada 2023, terdapat dalam senarai penerima yang diberikan pengiktirafan khas kepada “yang pertama” dalam bidang masing-masing.

Ini termasuk Ellen Ochoa, wanita Hispanic pertama di angkasa; dan Jim Thorpe, atlet serba boleh yang menjadi Orang Asli Amerika pertama yang memenangi pingat emas Olimpik pada 1912.

Penerima lain termasuk mantan Senator Amerika, Cik Elizabeth Dole; mantan Naib Presiden, Encik Al Gore; mantan Setiausaha Negara Amerika, Encik John Kerry; dan mantan Mayor Bandar New York, Encik Michael Bloomberg.

Pingat Kebebasan Presiden dianugerahkan kepada kedua-dua orang awam dan anggota tentera dan tidak terhad kepada warganegara Amerika.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg