Antara sahur & iftar
kebebasan terpaku
terdengar bingit
tekak perut meraung
berkesah dahaganya lidah
glukosa kian kering
lalu bangkit lemak lemak
dari nyamannya beradu
membakar membekal
demi penerusan sebuah pelayaran
Zikir & wirid bersenandung
mengisi jiwa-jiwa mati
menyegar akar-akar longlai
menyiram sabar yang layu
mengukuh tabah yang goyah
melancar putaran darah
menghapus hitam di hati
menyambut putih nan hilang
menyemarak cahaya qalbu
kembali teguh sebuah diri


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg