Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Arkitek’ kandungan Melayu kreatif, Khairul Anwar kongsi ilmu

Nov 11, 2024 | 5:30 AM
Program khas Yayasan Warisan Melayu (YWM), Siri Cendekiawan Lestari kembali dengan Pengarah Urusan Inkhouse Media Pte Ltd (Singapura), Datuk Khairul Anwar Salleh, sebagai tetamu pertamanya. Beliau akan berkongsi ilmu mengenai kandungan digital Melayu.
Program khas Yayasan Warisan Melayu (YWM), Siri Cendekiawan Lestari kembali dengan Pengarah Urusan Inkhouse Media Pte Ltd (Singapura), Datuk Khairul Anwar Salleh, sebagai tetamu pertamanya. Beliau akan berkongsi ilmu mengenai kandungan digital Melayu. - Foto SUPERBROADCAST

Program khas Yayasan Warisan Melayu (YWM) kembali pada November.

Siri Cendekiawan Lestari kembali dengan edisi Nusantara dan buat sesi pertama, Pengarah Urusan Inkhouse Media Pte Ltd (Singapura), Datuk Khairul Anwar Salleh, akan berkongsi mengenai kandungan digital Nusantara.

Bertajuk, Secupak Nan Segantang: Memberdaya dan Memasarkan Kandungan Nusantara di Era Digital, Datuk Khairul mengajak hadirin meneroka persimpangan antara kreativiti dengan perdagangan dalam menghasilkan kandungan digital.

Dengan pengalaman luas beliau dalam pengeluaran media dan kandungan, Datuk Khairul akan berkongsi bagaimana pendekatan intuitifnya terhadap penciptaan kandungan telah memperkasa dan mengkomersialkan kandungan Nusantara serta memupuk penghargaan yang lebih mendalam terhadap warisan budaya.

Beliau juga akan mengetengahkan potensi landskap digital yang berkembang untuk meningkatkan kandungan budaya di peringkat sejagat, terutama untuk menaikkan bakat Singapura di Malaysia.

Siri Cendekiawan Lestari itu akan diadakan di The Pod, Bangunan Perpustakaan Negara pada 23 November dan akan berlangsung dari 11 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Banyak yang dapat dipelajari daripada individu yang disifatkan sebagai ‘arkitek’ kandungan Melayu kreatif, melalui sesi itu.

Beliau akan berkongsi pandangan, pengalaman dan kepakaran beliau dalam mencipta kandungan yang mudah dijual.

Mereka yang berminat boleh mendaftar melalui pautan https://secupak.peatix.com/.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg