Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Artis karya sulaman fabrik dari Thailand raih Anugerah Lukisan Asia Tenggara Terbaik 2025 UOB

Nov 12, 2025 | 9:13 PM
Artis dari Thailand, Cik Jamilah Haji, menewaskan empat pemenang negara lain, termasuk mereka yang dari Singapura, Indonesia, Malaysia dan Vietnam, untuk meraih anugerah serantau utama.
Artis dari Thailand, Cik Jamilah Haji, menewaskan empat pemenang negara lain, termasuk mereka yang dari Singapura, Indonesia, Malaysia dan Vietnam, untuk meraih anugerah serantau utama. - Foto ST

Karya sulaman fabrik oleh artis Thai berusia 35 tahun, Cik Jamilah Haji, telah memenangi Anugerah Lukisan Asia Tenggara Terbaik 2025 (POY) UOB, umum UOB pada majlis anugerah yang diadakan di Galeri Nasional Singapura pada 12 November.

Cik Jamilah menewaskan empat pemenang negara lain, termasuk dari Singapura, Indonesia, Malaysia dan Vietnam, untuk meraih anugerah serantau tertinggi itu. 

Dari Singapura, Encik Ian Tee, 31 tahun, muncul pemenang POY bagi pertandingan peringkat negara, mengatasi artis veteran seperti Encik Justin Lee, 62 tahun, dan Encik Boo Sze Yang, 60 tahun – yang masing-masing meraih anugerah emas dan perak – serta Cik Junko Tsuji, yang telah memenangi anugerah gangsa.

Cik Jamilah membawa pulang hadiah wang tunai $13,000 bagi anugerah serantau dan THB 750,000 ($30,059) bagi kemenangan peringkat negara untuk karyanya bertajuk “Dua (Pray For A Blessing)”, yang menggambarkan wanita sedang berdoa.

Beliau kelihatan terkejut ketika diumumkan sebagai pemenang, dan kemudian menyifatkan kemenangan itu sebagai sesuatu yang “mengubah hidup”, memandangkan ini adalah kali pertama beliau menyertai pertandingan tersebut.

Cik Jamilah, yang berasal dari Narathiwat, selatan Thailand yang sering dilanda konflik, berkata beliau menggunakan bahan terbuang daripada perniagaan jahitan tudung keluarganya bagi menghasilkan karya tersebut.

Katanya kepada The Straits Times dalam bahasa Melayu dan Thai melalui penterjemah: “Saya ingat lagi zaman membesar dalam keluarga miskin. Ibu saya, walaupun tidak berpendidikan formal, sentiasa mengajar kami untuk berjimat dan tabah menghadapi cabaran.”

Selain itu, artis dari Singapura Encik Ian Tee menerima hadiah wang tunai $33,000untuk karyanya “Cloud Of Unknowing I”, dihasilkan dengan menggunakan alat industri untuk mengisar dan memotong permukaan logam aluminium komposit.

Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia., Encik David Neo, dalam ucapannya, mengucapkan terima kasih kepada UOB atas komitmen jangka panjangnya terhadap seni.

Pameran karya pemenang akan diadakan di UOB Discovery Space, Galeri Nasional Singapura dari 13 November hingga 31 Januari 2026, dibuka dari 10 pagi hingga 7 malam setiap hari. Ia juga dipaparkan menersui UOBandArt.com.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg