Bandar itu tidak pernah tidur. Lampu neon berkelip seperti mata yang enggan terpejam, dan lorong-lorongnya bernafas dengan degup yang tidak pernah mengenal sunyi. Alunan suara cengkerik tidak berubah, sama seperti dahulu. Di situlah aku membesar menjadi dewasa, perlahan-lahan berubah menjadi seseorang yang jauh berbeza daripada anak kampung yang pernah berlari tanpa kasut di halaman masjid.

Namaku Hakeem. Sudah hampir 12 tahun aku berhijrah ke bandar. Meninggalkan kedua orang tuaku tanpa mendapat restu. 12 tahun aku mengejar hidup, mengikut hitunganku. Kerja yang aku lakukan sangat lumayan, makan tidak berkira, pakaian sentiasa berganti dengan jenama yang agak mahal.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Laporan berkaitan
Pulangnya Fitrah KasihOct 11, 2026 | 5:30 AM
PelarianSep 27, 2026 | 5:30 AM