Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Belajar mengira sambil kenali Singapura

Pada era digital ini, kita mempunyai banyak jenis platform yang membantu golongan kanak-kanak untuk mempelajari bahasa Melayu termasuk melaui cara tradisional - sebuah buku. Sebuah buku yang menarik dengan lakaran grafik dapat menggalakkan kemahiran berbahasa Melayu. Itulah yang dibawa menerusi buku ‘Ke Mana Lagi’ yang turut mencadangkan aktiviti sambil belajar mengira. Ikuti laporan oleh BERITA HARIAN.
Dec 21, 2021 | 05:30 AM



MEMPERKENALKAN buku 'Ke Mana Lagi', dua orang penulis buku kanak-kanak, Cik Nabilah Abdul Karim dan Cik Siti Nur Zafirah Noorjihan ingin mewujudkan ruang pembacaan yang lebih kreatif.



Bukan sahaja boleh dibaca di rumah, tetapi ia juga boleh dibaca di persekitaran luar kerana buku 'Ke Mana Lagi' membolehkan kanak-kanak belajar mengira sambil mengenali kawasan-kawasan di Singapura.



Menurut Cik Siti Nur Zafirah, tema pertama yang dipilih ialah 'Lompat Si Katak Lompat', yang sesuai dengan program pengayaan SG Ulat Buku.



Beliau menambah:



"Apabila difikirkan tentang lompat, mahu lompat ke mana? Jadi, kami putuskan untuk 'lompat' ke tempat menarik di Singapura. Dalam masa yang sama, kanak-kanak cilik akan diperkenalkan dengan budaya dan warisan di Singapura. Kami turut menyelitkan unsur nombor dan arah ke dalam buku agar ia lebih bersifat interaktif untuk kanak-kanak.



"Alhamdulillah, hasilnya sangat baik dan mendapat respons yang memberangsangkan."



Bercerita tentang permulaan idea menerbitkan buku ini, Cik Siti Nur Zafirah Noorjihan menjelaskan beliau telah bekerjasama dengan Cik Nabilah untuk program pengayaan pelajar prasekolah di SG Ulat Buku, sebelum mengeluarkan buku 'Ke Mana Lagi'.



"Kami banyak mengendalikan program pengayaan yang mempunyai tema seperti 'Lompat Si Katak Lompat', 'Burung Kakak Tua' dan sebagainya.



"Jadi, kami cuba mencari buku yang sesuai untuk tema program tersebut. Bagaimanapun, agak sukar untuk mendapatkan buku cerita kanak-kanak yang berkisahkan tema-tema sebegini.



"Sekiranya ada sekalipun, kandungan dan ilustrasi buku tersebut kurang menarik untuk kanak-kanak.



"Disebabkan itu, Cik Nabilah terdetik tentang idea menghasilkan buku sendiri bersama saya.



"Jadi, di situlah bermula kerjasama untuk mengeluarkan buku 'Ke Mana Lagi' yang sangat sesuai dibaca oleh kanak-kanak.



Walaupun tidak pernah terfikir untuk menghasilkan buku cerita kanak-kanak, Cik Siti Nur Zafirah sangat bersyukur dengan peluang ini.



"Selepas Cik Nabilah membentangkan idea ini, saya agak teruja kerana ia suatu yang baru. Sementara itu, saya juga rasa ia satu keperluan untuk mewujudkan buku menarik yang boleh dibaca oleh golongan kanak-kanak peringkat awal.



"Dengan tiada pengalaman menulis, ia memberi sedikit cabaran untuk memulakan penulisan. Tetapi, kami cuba merangka struktur, isi kandungan dan tema yang diinginkan. Semoga karya ini menjadi inspirasi kepada penulis di luar sana untuk menulis karya sendiri dan memberi manfaat kepada kanak-kanak," ujar guru Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) tersebut.



Sementara itu, Pengasas SG Ulat Buku, Cik Nabilah Abdul Karim berkata, beliau bersama rakannya menerbitkan buku 'Ke Mana Lagi' kerana kekurangan buku Melayu menarik untuk kanak-kanak peringkat umur prasekolah.



Beliau menerangkan: "Buku menarik dan interaktif seperti 'Ke Mana Lagi' sangat penting untuk menggarap minat kanak-kanak pada tahap yang awal.



"Memang diakui, jumlah kemasukan buku cerita Melayu agak tinggi, tetapi buku kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidaklah begitu banyak di pasaran.



"Jadi, amat penting untuk mengeluarkan sebuah buku yang menarik minat dan membawa keseronokan kepada kanak-kanak ketika membacanya.



"Buku ini juga mampu menerapkan semangat nasionalisme dengan memaparkan kawasan atau bangunan di Singapura sambil belajar mengira.



"Pembelajaran santai akan membawa kepada imaginasi yang lebih kreatif. Semoga buku ini dapat diperkenalkan kepada murid-murid di prasekolah Singapura dan serantau."



Diilustrasi oleh Cik Nursuffira Nurzahid, beliau juga sangat teruja menyumbang hasil lukisannya dalam buku terbitan SG Ulat Buku itu.



"Memang sudah lama minat melukis, tetapi belum pernah melukis secara rasmi.



"Cik Nabilah banyak memberi dorongan untuk menggabungkan bakat dan pengetahuan bagi membentuk karya yang boleh menjadi kegemaran kanak-kanak.



" Jadi, saya berusaha untuk menghasilkan ilustrasi terbaik dalam buku 'Ke Mana Lagi'.



"Untuk buku ini, kami ingin mengajar kanak-kanak 2 hingga 4 tahun mengira nombor 1 hingga 3 bersama karakter yang boleh menarik perhatian mereka.



"Semoga usaha yang diterjemahkan dalam buku ini dapat membantu kanak-kanak belajar mengira dengan cara yang lebih menyeronokkan," ujar Cik Nursuffira.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >