Premium
Cermin Sarang Fikiran
Apr 13, 2025 | 5:30 AM
Hidangan minuman - Foto hiasan hasil Kecerdasan Buatan (AI)
Terkadang kita alpa
dalam kopi terbenam cermin
mengajak kita merasai yang ada
menilai bayang yang menjelma.
Apabila melihat kawan hirup kopi
jangan sekali mengata kerutan pahit di wajahnya
– kerana mungkin itu juga bayang kita
usahlah bersangka buruk
– kerana itu tanda hati kita berpenyakit
cubalah bersangka baik
– kerana kopinya sama hitam dan pahit
atau memilih diam tanpa andaian
– jika tiada yang baik bersarang dalam fikiran.
Laporan berkaitan
Kemafaan Semakin HilangApr 5, 2025 | 2:29 PM
Jangan Dilepaskan Genggaman IniApr 1, 2025 | 6:11 PM

