Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sebelum dan Sesudah

Feb 16, 2025 | 5:30 AM
Perhiasan indah di hari perkahwinan (gambar hiasan)
Perhiasan indah di hari perkahwinan (gambar hiasan) - Foto iStockphoto

Sebelum berkahwin
sesaatpun tak boleh berenggang
setelah berkahwin
mengapa hendak jalan seorang?

Sebelum berkahwin
selalu berpimpin tangan
setelah berkahwin
selalu nak naik tangan

Sebelum berkahwin
makan tak kenyang, tidur tak lena
setelah berkahwin
lepas makan terus membuta

Sebelum berkahwin
i, you… i, you
setelah berkahwin
kau, kau… aku, aku!

Sebelum berkahwin
setiap hari sembur minyak wangi
setelah berkahwin
setiap hari macam tak mandi

Sebelum berkahwin
bukan main melawa
setelah berkahwin
dah macam kelawar

Sebelum berkahwin
ramping pinggangnya buat lutut menggeletar
setelah berkahwin
berat badannya buat tanah bergegar

Sebelum berkahwin
buat janji manis itu dan ini
setelah berkahwin
buat janji dengan ‘ah long’ dan ceti

Sebelum berkahwin
kaulah yang satu
setelah berkahwin
kalaulah dapat lagi satu...

Sebelum dan sesudah
yang penting
berkahwinlah ikut sunah

Zainol Abi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg