Kusuarakan puisi ini
sekadar mencari makna
dalam menghayati satu perhentian
setelah tujuh dekad bernafas
meniti liku-liku perjalanan hayat
sesekali cabaran menerpa
dalam memilih keputusan
dan bila kesamaran menghambat minda
hati mengharap petunjuk
ke arah yang lurus
Warna-warna mimpi dan nyata
bersatu mencari perhatian
sehingga hati dikelirukan
oleh indahnya kepalsuan
dan jauhnya kebenaran
sedang perjalanan ini tidak ingin diakhiri
dengan kesilapan tanpa insaf
dalam mengharap keredaan


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg