Diam bukan bererti kalah
jauh sekali menyerah
mengawal luapan amarah
menahan diri dari bertelagah
Diam tidak semestinya setuju
pada yang berlagak angkuh
tapi sebenarnya dungu
tetap bertindak walau membisu
Diam biar bertempat
kekadang meluah pendapat
demi mencapai muafakat
semoga membawa berkat
Junaidah Baharawi


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg