Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Doa’ pelukis Thai menang anugerah lukisan UOB

Nov 12, 2025 | 9:13 PM
Jamilah Haji, 2025 UOB Southeast Asian Painting of the Year (POY) Award, artis Thai
Artis dari Thailand, Jamilah Haji, menewaskan empat pemenang negara lain, termasuk mereka yang dari Singapura, Indonesia, Malaysia dan Vietnam, untuk meraih anugerah serantau utama. - Foto ST

Karya sulaman fabrik oleh artis Thailand berusia 35 tahun, Jamilah Haji, telah memenangi Anugerah Lukisan Asia Tenggara Terbaik 2025 (POY) UOB.

Demikian umum UOB pada majlis anugerah yang diadakan di Galeri Nasional Singapura pada 12 November.

Jamilah menewaskan empat pemenang negara lain, termasuk dari Singapura, Indonesia, Malaysia dan Vietnam, untuk meraih anugerah serantau tertinggi itu. 

Dari Singapura, Ian Tee, 31 tahun, muncul pemenang POY bagi pertandingan peringkat negara, mengatasi artis veteran seperti Justin Lee, 62 tahun, yang meraih anugerah emas; dan Boo Sze Yang, 60 tahun yang meraih perak; serta Junko Tsuji, yang memenangi anugerah gangsa.

Jamilah membawa pulang hadiah wang tunai $13,000 bagi anugerah serantau dan 750,000 baht ($30,059) bagi kemenangan peringkat negara untuk karyanya bertajuk, Dua (Pray For A Blessing), yang menggambarkan wanita sedang berdoa.

Beliau kelihatan terkejut ketika diumumkan sebagai pemenang, dan kemudian menyifatkan kemenangan itu sebagai sesuatu yang “mengubah hidup”, memandangkan ia kali pertama beliau menyertai pertandingan tersebut.

Jamilah, yang berasal dari Narathiwat, di selatan Thailand yang sering dilanda konflik, berkata beliau menggunakan bahan terbuang daripada perniagaan jahitan tudung keluarganya bagi menghasilkan karya tersebut.

“Saya ingat lagi zaman membesar dalam keluarga miskin.

“Ibu saya, walaupun tidak berpendidikan formal, sentiasa mengajar kami adik-beradik supaya berjimat dan tabah menghadapi cabaran,” katanya dalam bahasa Melayu dan Thai melalui penterjemah, lapor The Straits Times.

Selain itu, artis dari Singapura, Tee, menerima hadiah wang tunai $33,000 untuk karyanya, Cloud Of Unknowing I, yang dihasilkan dengan menggunakan alat industri untuk mengisar dan memotong permukaan logam aluminium komposit.

Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik David Neo, dalam ucapannya, mengucapkan terima kasih kepada UOB atas komitmen jangka panjang syarikat itu terhadap seni.

Pameran karya para pemenang akan diadakan di UOB Discovery Space, Galeri Nasional Singapura, dari 13 November 2025 hingga 31 Januari 2026, dibuka dari 10 pagi hingga 7 malam setiap hari.

Ia turut dipaparkan menerusi UOBandArt.com.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg