Aduhai… belantara engkau sepi menelusuri hari flora dan fauna tetap bertemasya jadi teman sejati ulat kerdil merangkak lesu semua bersua kehidupan pasti berdiri teguh engkau raksamala pewangi hari

Aduhai… engkau raksamala hidup rimbun menyalakan kehidupan bertukar menjadi unggun penerang kelam marak membakar tiadakan padam pabila suria menjenguk hari... kau ada di sini pabila purnama malam berganti... kau kejora pasti

Laporan berkaitan
Daun-Daun MasaSep 14, 2024 | 2:31 PM
Lawatan Percuma ke MuziumSep 14, 2024 | 3:06 PM