Premium
Lawatan Percuma ke Muzium
Sep 22, 2024 | 5:30 AM
Pameran di muzium Bukit Chandu menunjukkan pakaian seragam yang dipakai oleh Rejimen Askar Melayu, yang tenteranya membuat perlawanan terakhir menentang tentera Jepun di Pasir Panjang pada Februari 1942 (gambar hiasan) - Foto ST
Di muzium itu Pak Tua tempang terpaku sejarah kaumnya peneroka, pembela nusa dan bangsa ada tempatnya di sana dengan menggenggam bintang di dada dia pulang ke flat sewa lama langsung menelefon temannya penghuni rumah tumpangan abadi untuk kongsi kisah tadi, “Kita belum dilupa! Kita belum dilupa!”
Temannya sekadar tertawa akan kealpaan sahabat karibnya masih tidak tahu esok muzium akan ditutup untuk dinaik taraf dahulu dan dibuka setahun kemudian dengan artifak sejarah baharu.
Laporan berkaitan
Cabaran anak-anak kuasai bahasa Melayu yang semakin kurang digunaJun 18, 2021 | 9:00 AM
TerapungJul 22, 2024 | 1:22 PM

