petang itu kupulang dari sekolah kuterpaku kelu mana rumahku? ternyata sudah menjadi bongkah batu huru-hara orang ramai berlari memanggil agar dibantu mana keluargaku? ternyata sudah terbujur kaku soldadu merata dengan senapang mereka acu sedang aku hanya membawa buku kudigari ke mana aku dibawa? tidak tahu di mana negara jiranku? senyap membisu buat-buat tidak tahu di mana keadilan? kau sendiri pun sudah tahu.
Muhammad Husin Masnin


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg