Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Faisal Ishak kongsi usaha bawa warisan seni silat ke layar perak dalam ceramah cendekiawan

Nov 5, 2025 | 1:24 AM
Pengarah filem, Faisal Ishak, akan berkongsi dengan peserta di sebalik penghasilan filem terbarunya, ‘Gayong’ dalam satu sesi ceramah bertajuk ‘Silat Berpanggung’ di The Pod, Bangunan Perpustakaan Negara pada 29 November dari 11 pagi hingga 1 petang.
Pengarah filem, Faisal Ishak, akan berkongsi dengan peserta di sebalik penghasilan filem terbarunya, ‘Gayong’ dalam satu sesi ceramah bertajuk ‘Silat Berpanggung’ di The Pod, Bangunan Perpustakaan Negara pada 29 November dari 11 pagi hingga 1 petang. - Foto ihsan FAISAL ISHAK

Siri Cendekiawan Lestari Nusantara kembali dengan satu sesi ceramah bertajuk, ‘Silat Berpanggung’ di The Pod, Bangunan Perpustakaan Negara, pada 29 November dari 11 pagi hingga 1 petang.

Ceramah ini akan disampaikan pengarah filem Singapura yang tidak asing lagi, Faisal Ishak, bersama Editor Kanan Berita Mediacorp dan penyampai berita, Izwan Othman sebagai moderator. 

Faisal akan berkongsi dengan peserta di sebalik penghasilan filem terbarunya, Gayong, mengupas inspirasi yang mendorongnya mengangkat warisan seni silat ke layar perak dan menjelaskan proses penyelidikan dan pementasan filem tersebut yang menuntut keseimbangan antara keaslian sejarah dengan keperluan sinematik.

Beliau juga akan mengetengahkan perspektif dirinya sendiri tentang pentingya penghasilan filem yang merakam, menghidupkan semula dan memanjangkan hayat warisan Nusantara.

Di samping itu, beliau turut menceritakan cabaran dan kepekaan budaya silat yang perlu diambil kira dalam menggambarkan ia bukan sahaja sekadar seni bela diri, tetapi juga sebagai lambang nilai, maruah dan jati diri bangsa.

Faisal yang memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak pada 1975 dan seterusnya sebagai  penerbit/pengarah pada 1995 dikenali menerusi drama seperti Nur Kasih, Juvana dan Ummi, yang meraih pengiktirafan di Anugerah Skrin TV3, Shout Awards 8TV, Pesta Perdana, Anugerah Televisyen Asia serta Anugerah Kreatif Akademi Asia.

Beliau juga mengarah sembilan filem termasuk trilogi Juvana, Aliff Dalam 7 Dimensi dan terbaru, Gayong, yang mengangkat legasi pendekar silat, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman.

Dengan penceritaan yang merentas budaya dan platform, Faisal terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pengarah berwawasan.

Siri Cendekiawan Lestari edisi Nusantara dianjurkan oleh Yayasan Warisan Melayu bersama Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), dengan sokongan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC).

Penyertaan adalah percuma. 

Untuk pendaftaran, anda boleh layari laman web peatix melalui pautan berikut: https://silatberpanggung.peatix.com/

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg