Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Flactuat Nec Mergitur

Jun 1, 2025 | 5:30 AM
Semangat remaja (gambar hiasan).
Semangat remaja (gambar hiasan). - Foto MUSLIMAHNEWS

Dalam dunia VUCA Segala sesuatu serba berubah Segala sesuatu serba membimbangkan Segala sesuatu serba tidak menentu

Rintangan muncul bila-bila sahaja Masalah datang bila-bila sahaja Laksana singa bersenyap-senyap Siap untuk menerkam mangsanya

Perang dunia usai sudah Jajah-menjajahi tamat sudah Seteru baharu muncul kini Jajah-menjajahi berlaku lagi

Maka itu, siagakan dirimu wahai remaja Siapkan jiwa dan ragamu Kerana perang yang sedang kamu hadapi Tidak kalah kejamnya daripada yang lain

Kuatkan hatimu, kobarkan kembali semangatmu
Teguhkan hatimu, mantapkan jiwamu
Bagaikan kapal yang kukuh
Terumbang-ambing tapi tidak tenggelam.

Evanael Jevico Garcia
(Institusi Raffles)

Frasa Latin “Fluctuat nec mergitur” diterjemahkan secara kasar kepada “Dilambung ombak tetapi tidak tenggelam” moto yang melambangkan ketabahan dalam menghadapi kesukaran.
Setara bahasa Melayu boleh jadi: “Dilambung ombak, tak karam.”
Akronim VUCA bermaksud ‘Volatility’ (goncangan/ketidaktentuan), ‘Uncertainty’ (ketidakpastian), ‘Complexity’ (kerumitan) dan ‘Ambiguity’ (kesamaran/kekaburan) konsep yang pada asalnya dibangunkan oleh tentera Amerika Syarikat dan kini digunakan secara meluas dalam kepimpinan dan pemikiran strategik.

Laporan berkaitan
TaubahMay 24, 2025 | 1:55 PM
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg