Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

CERPEN

Halusinasi Manja

Dec 11, 2022 | 05:30 AM



SETIAP malam, kedengaran suara Nek Pah menangis teresak-esak. Tangisannya bagaikan kehilangan sesuatu.



Memang benar Nek Pah tidak dapat melupakan Manja yang telah pergi buat selama-lamanya.



Kadangkala Nek Pah menangis, kadangkala Nek Pah ketawa dan kadangkala Nek Pah mengilai bagaikan dirasuk hantu.



Nek Pah dengan Manja tidak dapat dipisahkan lagi. Nek Pah dan Manja seperti belangkas. Tidak boleh berjauhan. Di mana ada Nek Pah di situlah ada Manja. Di mana ada Manja, di situlah ada Nek Pah!



Namun kenyataanya, Nek Pah masih diburu halusinasi bayangan Manja.



Ketika Nek Pah sedang makan, kadang-kadang Nek Pah bercakap sendirian. Setiap orang yang lalu lalang di tepi koridor rumah Nek Pah semuanya menjadi ketakutan dibuatnya.



Kadang-kadang Nek Pah menghalau mereka dari tingkap jeriji rumahnya.



Nek Pah hidup sebatang kara. Namun, pada suatu hari, aku memberanikan diri untuk melawat Nek Pah di rumahnya.



Setibanya di rumah Nek Pah aku terdengar suara Nek Pah.



"Manja… Manja marilah sini. Jangan sembunyi di bawah katil tu. Nanti susah tau Mak nak kasi makan!" Nek Pah selalu membahasakan dirinya Mak.



"Hee… hee… nak bergurau ya…," sambung Nek Pah lagi.



"Manja… Manja mana kau Manja?"



Tiba-tiba sahaja, intonasi Nek Pah semakin kuat dan menjadi-jadi bagaikan dirasuk sesuatu.



Aku menjengah dari tingkap Nek Pah.



"Nek Pah, Manja… Manja sebenarnya…"tersekat-sekat di kerongkongku hendak memberitahu hal sebenarnya.



Dengan mata yang terbeliak tiba-tiba sahaja Nek Pah mula bersuara lagi.



"Apa, kau pun sama macam mereka yang pernah datang ke sini nak katakan yang Manja sudah lama mati… mati 'kan?"pekik Nek Pah dengan kuatnya.



"Nek Pah sabar ya dan dengar baik-baik apa yang hendak saya katakan,"pujukku.



"Hee… hee… sudahlah tak payah cakap lagi. Aku sudah tahu. Kau ini cemburukan aku baik dengan Manja. Aku menatang Manja bagaikan minyak yang penuh tau!" terbuntang mata Nek Pah memandang tepat ke arah bebola mataku.



"Tapi Nek Pah, saya tidak cemburu, percayalah. Manja sebenarnya telah lama mati kerana dilanggar sebuah lori!"



"Apa? Biadap sungguh kau. Berani kau katakan yang Manja… Manja… dah mati! Manja tidak mati. Lancang sungguh mulut kau. Pergi! Pergi! Pergi... dari rumahku!" pekik Nek Pah lalu menghalau aku dengan menutup tingkapnya yang separuh terbuka dari tadi.



Aku pun berlalu pergi dari koridor rumah Nek Pah itu.



Hari ini Nek Pah betul-betul marah kepadaku. Aku kasihan melihat keadaan Nek Pah. Nek Pah sudah hilang pertimbangannya.



Bulu romaku mula meremang. Nek Pah bagaikan dirasuk roh Manja yang telah pergi buat selama-lamanya. Memang menyeramkan.



Aku pernah curi-curi intai ke tingkap bilik rumah sewa Nek Pah itu. Di setiap sudut bilik Nek Pah semuanya digantung gambar Manja.



Ada yang sedang berbaring, ada yang sedang tidur, ada yang sedang memeluk Manja dan banyak lagi.



Namun, keadaan rumah sewa Nek Pah itu sentiasa kelihatan gelap gelita. Tiada cahaya dari luar. Lampu ruang rumah sewa yang sempit itu mula berkelip-kelip. Tiada siapa yang hendak menguruskan.



Makanan Friskies Manja bersepah-sepah di lantai dan bau najis Manja juga tidak dibersihkan.



Manja telah pergi buat selama-lamanya tetapi Nek Pah masih tidak boleh menerima hakikat yang Manja telah lama meninggalkannya.



Nek Pah tidak ada saudara-mara malah dia hanya sebatang kara. Malam bertemankan Manja dan siang pun bertemankan Manja.



Di mana sahaja dia pergi Manja pasti setia bersama Nek Pah untuk mencari kotak-kotak kosong untuk dijual kepada Uncle Yong. Itulah rutin Nek Pah setiap hari tetapi malang tidak berbau.



Suatu hari, sewaktu Nek Pah hendak menyebarang jalan, tiba-tiba sebuah lori telah melanggar Manja yang berada di belakang Nek Pah.



Ketika itu, Nek Pah sarat memegang kotak-kotak kosong dan tidak mendukung Manja.



Sejak tragedi itu, Nek Pah menyalahkan dirinya yang tidak menjaga Manja dengan baik. Nek Pah terganggu dengan halusinasi Manja.



Sebenarnya, menurut Doktor Marsya seorang pakar demensia yang merawat Nek Pah, beliau mengatakan yang Nek Pah telah mengalami demensia yang kronik.



Dia sudah lupa ingatan. Aku bersimpati dengan nasib Nek Pah. Kasihan pun ada. Menurut Doktor Marsya lagi, aku boleh membantu Nek Pah.



Doktor Marsya telah mengesyorkan aku supaya membawa seekor kucing yang seakan sama seperti Manja.



Aku pun telah mengikut cadangan Doktor Marsya dengan membawa seekor kucing serupa Manja.



Tetapi Nek Pah begitu tajam penglihatannya walaupun wajahnya telah dimamah usia.



"Eh, ini bukan Manja. Bukan… bukan…! Ini bukan Manja!!!"pekik Nek Pah sekuat hatinya.



Dengan kemuncak amarah Nek Pah, tidak kusangka yang Nek Pah telah merampas kucing itu daripadaku lalu dia terus melemparkan ke arah pintu.



"Meow… meow… meow…" kedengaran bunyi kucing itu seperti meminta pertolongan.



Aku terus berlari ke arah pintu dan cuba untuk mendapatkan kucing itu tetapi belum sempat aku mendekati kucing itu, tiba-tiba Nek Pah melulu ke arahku lalu memeluk kucing itu dengan eratnya.



"Manja… Manja… Manja… kasihannya Manja?" sambil tersedu-sedu menangis.



"Ya Allah, kau cedera ya Manja,"sambung Nek Pah dengan mengusap-usap kepala Manja dengan tangannya yang berkedut itu.



Aku telah menghubungi Doktor Marsya untuk mendapatkan pertolongan bagi Nek Pah.



Akhirnya, Nek Pah telah dibawa ke Institut Kesihatan Mental bagi rawatan psikiatrik dan penyakit demensianya.



Doaku semoga ada sedikit sinar cahaya yang akan memberikan sedikit keceriaan dan harapan kepada Nek Pah agar dia tidak dibelenggu dengan halusinasi Manja lagi.




BIODATA PENULIS



NAZARIAH Nasir minat menulis sejak di bangku sekolah.



Beliau pernah memenangi hadiah merit bagi puisi 'Siapa Diri Ini?' dalam peraduan 'Noktah Putih'.



Nazariah juga telah menghasilkan dua novel bertajuk 'Cinta Facebook Cinta Tanpa Suara' dan 'Tin'.



Lima puisinya pula dimuatkan dalam kumpulan buku 'Puisi Bebas Melata Menekat Sayang'.



Puisi dan cerpen Nazariah juga telah dimuatkan dalam buku 'Hempedu Di Tasik Madu' terbitan Asas '50.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >