Harapan Bangsa
Kepada anak muda yang kukasihi Kenalilah tinggi martabat bahasa ibunda kita Kenalilah budaya kita yang indah dan mulia Yang dihiasi adab pekerti Dan nilai serta ajaran murni Yang patut dijadikan pegangan hidup Buat kita semua
Kepada generasi seterusnya yang kuhormati
Selagi bumi berhujan
Selagi laut bergelora
Selagi itulah kita harus kekal dan teguh
Dalam menggunakan bahasa
Dan melestarikan budaya
Kepada pelestari budaya yang kusayangi
Sebelum kita kesuntukan masa
Sebelum Melayu nyah daripada muka bumi
Pastikanlah pelestarian budaya sentiasa di minda
Ibarat pepatah Laksamana Hang Tuah
Takkan Melayu hilang di dunia?
Kepada bangsaku yang kusanjungi
Walaupun kita hanya manusia biasa
Walaupun kita bukanlah anak bangsawan
Tanggungjawab kita penyambung budaya
Tetap harus digalas
Agar bahasa tidak senyap
Agar budaya tidak lenyap
Maka tegakkanlah kebenaran
Warisan budaya patut dijulang
Asal usul kita patut dirakam
Untuk generasi mendatang.

