Ombak membawa aku ke pulau indah Pulau tidak berpeta Di bawah naungan langit biru Sentiasa bergerak tanpa arah

Keraguan menyelubungi tubuhku
Mungkin tidak diketahui kandungan
Di perairan dalam
Sampan terumbang-ambing ke sana ke mari

Sama sahaja dengan arus hari demi hari Namun lautan bergerak naik dan turun Tubuhku membiasakan diri Kadangkala sampanku bersama ombak Kadangkala sampanku melawan ombak

Aku yakin akan perjalanan ini Terus ombak menjadi arah kembara Aku pengembara tidak perlu sebarang peta Ombak membawa aku ke pulau indah.

Nurhuzaty Muhammad Nur
(Maktab Rendah Yishun Innova)

Laporan berkaitan
TaubahMay 24, 2025 | 1:55 PM
Flactuat Nec MergiturMay 24, 2025 | 2:10 PM