empat dasawarsa dahulu kau tinggalkan persada tenteramu demi meneruskan suatu perjuangan yang belum selesai bahawa kau mesti menegakkan sebuah pertiwi di tengah gelora rantau nan membadai bahawa di tengah ketidaktentuan kau perlu membangun sebuah oasis berpayung keamanan dan kemajuan bahawa kau mesti membina pulau tanah sekangkang kera ini jadi sebentuk permata nan berkilauan

meskipun di tengah perjalanan tiada tertaut kegusaran kerana kita sedia mewarisi hidup di bawah langit yang sama kering panas dan basah hujan kita sama menanggungnya

Laporan berkaitan
Camar Di Langit SenjaJul 30, 2024 | 1:37 PM
Tanah Pulau Sekangkang KeraJul 29, 2024 | 1:21 PM