Suasana di Geylang Serai menjadi lebih ceria dengan sambutan ulang tahun ketujuh di Wisma Geylang Serai (WGS) diraikan dengan penuh kemeriahan dan padat dengan kegiatan budaya pada dari 9.30 pagi hingga 9 malam, 10 Januari lalu.

Ada juga kegiatan kraftangan daun pisang dan seni menyiapkan bunga untuk disertai semua generasi masyarakat.

Hadirin pada acara sambutan ulang tahun ketujuh Wisma Geylang Serai (WGS) berswafoto. Mereka terdiri daripada (dari kiri, di barisan hadapan) penyampai radio Mediacorp, Warna 942, Encik A B Shaik; Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim; Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon, Dr Syed Harun Alhabsyi, dan AP GRC Pasir Ris-Changi, Encik Sharael Taha.
Hadirin pada acara sambutan ulang tahun ketujuh Wisma Geylang Serai (WGS) berswafoto. Mereka terdiri daripada (dari kiri, di barisan hadapan) penyampai radio Mediacorp, Warna 942, Encik A B Shaik; Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim; Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon, Dr Syed Harun Alhabsyi, dan AP GRC Pasir Ris-Changi, Encik Sharael Taha. - Foto FACEBOOK/ WISMA GEYLANG SERAI
Orang ramai kelihatan cenderung mempelajari teknik gubahan bunga dengan menghasilkan korsaj serta aksesori hiasan rambut bagi  kegunaan harian mahupun acara istimewa.
Orang ramai kelihatan cenderung mempelajari teknik gubahan bunga dengan menghasilkan korsaj serta aksesori hiasan rambut bagi kegunaan harian mahupun acara istimewa. - Foto FACEBOOK/ WISMA GEYLANG SERAI
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, beramah tamah dengan orang ramai sewaktu menghadiri sambutan ulang tahun Wisma Geylang Serai (WGS) yang ketujuh sebagai tetamu terhormat.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, beramah tamah dengan orang ramai sewaktu menghadiri sambutan ulang tahun Wisma Geylang Serai (WGS) yang ketujuh sebagai tetamu terhormat. - Foto FACEBOOK/ WISMA GEYLANG SERAI
Lukisan batik komuniti sepanjang tiga meter dihasilkan orang ramai di Open Plaza, Wisma Geylang Serai (WGS), bersama penggiat seni tempatan dari Kamal Arts. Ia melambangkan warisan serta kreativiti kolektif.
Lukisan batik komuniti sepanjang tiga meter dihasilkan orang ramai di Open Plaza, Wisma Geylang Serai (WGS), bersama penggiat seni tempatan dari Kamal Arts. Ia melambangkan warisan serta kreativiti kolektif. - Foto FACEBOOK/ WISMA GEYLANG SERAI
Kanak-kanak comel menyertai kegiatan berbasikal, ‘Balance Bike Bonanza’, di Anjung, Wisma Geylang Serai (WGS). Acara ini memberi pendedahan kepada kanak-kanak berusia dua hingga empat tahun bagi mengimbangi diri ketika berbasikal. Ibu bapa mereka kelihatan tekun memberi sorakan dan galakan kepada anak-anak mereka.
Kanak-kanak comel menyertai kegiatan berbasikal, ‘Balance Bike Bonanza’, di Anjung, Wisma Geylang Serai (WGS). Acara ini memberi pendedahan kepada kanak-kanak berusia dua hingga empat tahun bagi mengimbangi diri ketika berbasikal. Ibu bapa mereka kelihatan tekun memberi sorakan dan galakan kepada anak-anak mereka. - Foto FACEBOOK/ WISMA GEYLANG SERAI