Mundar-mandir
seperti mencari yang hilang
masih tidak jumpa tidak senang
ke hulu ke hilir
seperti mengejar yang lari
masih tidak ketemu tidak henti
resah gelisah
seperti beban hebat bercelaru
masih tidak tenang tidak restu
gundah-gulana
seperti pikul berat persoalan
masih tidak senang tidak aman
fikir difikir
tidak kunjung tiba bersambut
fikir difikir
masih beku minda yang tersangkut
~AmRa~
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg