Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

MUTIARA GHAZAL 

Jul 27, 2025 | 5:30 AM
Gambus, alat tradisional yang penting untuk menghasilkan irama ghazal
Gambus, alat tradisional yang penting untuk menghasilkan irama ghazal - Foto fail ST

Dari Pulau Semulun ke Merlimau membawa Ghazal di peti besi berkarat antara ombak ke Singapura gemersik selat sempit pulau anugerah ke panggung kota menyala bagai sinar mutiara kau tebas jalan dengan akordion paru-paru budaya menghembus nafas zaman.

Di gudang Pak Molot kau kumpulkan rindu-rindu tercecer dalam lagu Pak Ngah Balik, gambusmu merintih bak nelayan kehilangan bulan dalam alunan biola mengalun bak kapal karam bangkit dari pasir tabla berdegup seperti seru arwah-arwah pantai dipelajari dengan naluri di sela deru mesin menjahit tangisan anak kelaparan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg