Al Qudz bergelora kembali
Setiap detik, saban tahun
rasanya, sudah berdekad lamanya
Terus berulang peristiwa
yang meruntun jiwa, menyayat hati
pastinya sudah tebal terakam
dalam lipatan sejarah kamus dunia
Semalam, hari ini dan esok
Pasti bermandi darah pertiwi di bumi Al Qudz untuk selamanya
Yang menindas diiktiraf
Yang tertindas ditangisi
Dunia terus meraung mencari keadilan yang mutlak


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg