Ombak berkata
aku berupaya memecah daya tahanmu
berbekal segala daya kekuatanku
merubah bentukmu
semahu kudratku.
Pantai berkata
apakah engkau tak mahu berkira
pukulanmu sampai aku melandai rebah
lantas bikin dirimu lemah
tabrakanmu kehilangan gagah.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg