Pandang belakang
bukan untuk undur
langkah maju jangan mundur
bukan untuk membangkit
buruk dahulu mahu diungkit
bukan kerana takut
kecuali engkau bangsa pengecut.
Pandang belakang
yang dahulu buat pengalaman
kegagahan tak berpanjangan
jangan engkau terus menyombong
setiap milikmu tak mesti bersambung
biar dapat mensuci hati
dunia bukan selamanya kau miliki.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg