Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

‘Pasang’ dalam peribahasa dan pantun

Sep 17, 2023 | 05:30 AM



PERIBAHASA

Terdapat beberapa peribahasa yang disandarkan pada perkataan pasang. Antaranya:

Buka mata pasang telinga, tutup mulut simpan di hati bermakna sesuatu perkara yang tidak ada sangkut-paut dengan kita, boleh juga dilihat dan didengar, tetapi jangan ikut campur.


Air pun ada pasang surutnya (juga ada pasang surutnya; adat pasang turun naik; takkan pasang selalu dan surut sentiasa) memberi gambaran kehidupan manusia tidak tetap, perniagaan tidak menentu – adakala senang dan adakala susah; adakala untung, adakala rugi.


Tidak mengenang pasang surut bermakna tidak ingat atau memikirkan keadaan susah senang di hari tua.


Jangan difikirkan air pasang saja bermakna usah mengharap nasib akan sentiasa baik.


Pasang pelita dilanggar tikus bermakna kegembiraan hilang ekoran berlaku satu kejadian kecil.


Pasang masuk muara menggambarkan sikap mengeluarkan kata-kata tanpa pertimbangan.


PANTUN

Begitu juga pantun. Ada banyak pantun klasik yang kebanyakannya menggunakan perkataan pasang sebagai pembayang. Antaranya:


Pasang ini pasang purnama,
Daun cempedak tidak melayang;
Datang ini datang bertanya,
Hendaklah tidak berkasih sayang.


Baiklah baik pasang pelita,
Pasang pelita jelang raya;
Baik-baik berpandang mata,
Memandang mata membuat dosa.


Pasang kelambu tepi jendela,
Supaya senang pintu dikunci;
Biar beribu dara dan janda,
Saya memilih yang baik budi.


Pasang sumbu pelita api,
Pelita api mana dapurnya;
Hilang abang disangka mati,
Jika mati mana kuburnya?


Air pasang menanam bayam,
Buyung diisi di dalam loyang;
Jangan diambil resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung.


Air pasang mudik ke hulu,
Sayang bertambur di atas getah;
Bila terkenang zaman dahulu,
Rasa berhambur si air mata.


Apa guna pasang pelita,
Kalau tidak dengan sumbunya;
Apa guna berpandang mata,
Hati tidak dengan sungguhnya.


Malam ini malam Jumaat,
Pasang lilin depan pintu;
Kalaulah kita umat Muhammad,
Kena sembahyang lima waktu.


Kalau bulan tiada bercahaya,
Pasang pelita di hujung titi;
Kalau tuan tiada percaya,
Belah dada lihatlah hati.


Orang menumbuk di atas lambur,
Kalaulah gelap pasang pelita;
Mata mengantuk rasa nak tidur,
Dalam tidur macam berjaga.


Kelip-kelip api di kapal,
Baru sedar pasang pelita;
Air mata jatuh ke bantal,
Baru sedar menanggung derita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >