Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peluang sertai Peraduan Menulis Sajak BH

Aug 28, 2024 | 2:13 PM
Peluang menyertai Peraduan Menulis Sajak BH dan menangi hadiah.
Peluang menyertai Peraduan Menulis Sajak BH dan menangi hadiah. - SPH

Sertai Peraduan Menulis Sajak anjuran Berita Harian dan menangi hadiah menarik.

Dibuka kepada mereka yang berusia 18 hingga 35 tahun, peraduan itu diharap dapat melestarikan bahasa Melayu dalam kalangan golongan muda.

Mereka dikehendaki menulis sajak bertemakan ‘nilai’ dalam apa jua bentuk pengertian, seperti nilai masyarakat, bahasa, adab, alam, manusiawi dan kemodenan.

Seramai 12 pemenang akan dipilih oleh pengadil, terdiri daripada Editor Bersekutu BH: Encik Chairul Fahmy Hussaini dan Cik Hanim Mohd Saleh.

Pemenang akan memenangi baucar makanan restoran milik The Black Hole Group.

Pemenang yang merupakan pelanggan BH akan menerima juga hadiah baucar $300, sementara yang bukan pelanggan akan mendapat hadiah baucar $100.

Sajak terpilih akan diterbitkan di dalam Berita Minggu serta artikel premium di Berita Harian digital pada Oktober.

Untuk maklumat lanjut, lungsuri pautan, https://bhsub.sph.com.sg/bh-sajak24 atau imbas kod QR.

Peraduan ini dibuka secara percuma kepada pemegang akaun SPH Media sahaja.

Penyertaan ditutup pada 15 September dan keputusan pengadil adalah muktamad.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg