Pengalaman mendalam menyaksikan kehidupan di kem pelarian Palestin di Lebanon menjadi pencetus ilham kepada penulis, Hidayah Amin, untuk menterjemah dan menerbitkan buku kanak-kanak bertajuk, Sang Keldai yang Memikul Beban di Belakangnya.

Buku hasil tulisan asal penulis British-Palestin, Hooda Al Shawa; dengan ilustrasi oleh Sienny Septibella, mengisahkan tentang Zahra, seekor keldai muda dan pemiliknya, Sami, di Gaza.