Perempuan itu
Ibarat cuaca
di tanah tinggi
Sukar diramal
Cepat berubah
Adakala cerah menggirangkan
Kemudian datang mendung
Gerimis lalu hujan lebat
Tengah tenang di badai ribut
Tapi selalunya
akan muncul pelangi
Cantik dan mendamaikan
Walaupun sekejap
Nasrul BK (Desa Murni Sanggang)


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg