Suara kita mungkin didengar
mungkin tidak
aliran kekata tanpa iringan lagu
sering dengan susunan kurang merdu
kerana ia bukan nyanyian
yang dialun muzik mendayu
atau irama rancak yang menggegarkan

Keras atau lembut bunyinya
bakal dikesan pembaca
dengan pelbagai cara dan makna
mungkin tanpa kesamaan
kerana kebebasan dalam menilai
adalah hak setiap penerima
dalam menikmati keindahan
sesebuah karya

Laporan berkaitan
JodohMay 4, 2025 | 9:17 PM
Di Perhentian IniSep 6, 2025 | 4:07 PM