Premium
Pesona Bahasa Dalam Setiap Kita
Nov 30, 2025 | 5:30 AM
Pelbagai ekspresi wajah - Foto hasil KECERDASAN BUATAN (AI)
Dalam setiap kita
ada ular sawa
membelit dan menelan
kenyang berhari-hari
tak perlu khuatirkan hari esok
berfikir selagi ada kuasa
rezeki sering menjenguk
hingga ke hujung usia.
Dalam setiap kita
ada kucing
yang manja apabila dibelai
dalam diam
diriuhkan kemesraan
silap hari bulan
jika ekor terpijak kaki
menyinga tersihir kejelikan.
Laporan berkaitan
Maaf, saya telah lepaskan kenari itu Aug 1, 2025 | 7:28 PM
BAYANGKAN Jun 14, 2025 | 2:32 PM

