Hidup sonder

sedolar hutang

reda pada

segala mendatang

itulah kunci

pembuka bahagia

istilah sejati

maknanya jaya

Berapa banyak

orang berharta

namun sentiasa

dilanda derita

sedang yang papa

tetap gembira

kerana hidupnya

tidak berpura

Bahagia nestapa

silih berganti

kaya dan papa

semua kan mati

waktu bernyawa

perbanyak jasa

bukan berlumba

melambak dosa.

shafi©uotes

Laporan berkaitan
Dari Seburuk PengalamanJul 24, 2023 | 11:38 AM
Narasi Lelaki Pantai TenggaraSep 10, 2023 | 1:22 PM