Satria Bangsa
Jun 1, 2025 | 5:30 AM
Pelancong asing berkongsi matahari terbit di pinggir selatan Taman Negara Grand Canyon melalui panggilan video berhampiran Tusayan, Arizona (gambar hiasan). - Foto REUTERS
Siapakah itu yang bangkit dengan penuh pasti Bagai mentari yang terbit pada waktu pagi? Siapakah insan di sebalik topeng itu Seolah-olah menyembunyikan identitimu?
Pedangmu itu ialah semangatmu Demi mempertahankan amanahmu Perisai itu ialah imanmu Demi memperkasa kesetiaanmu
Biar lamunan
Ataupun kebenaran
Kehadiranmu dalam hidupku
Mencetuskan harapan untuk terus
Menderu maju
Wahai satria bangsa
Yang mendakap persaudaraan akrab
Kamulah insan yang dihormati
Insan yang ramai segani
Siapakah kamu?
Tanya si pengembara itu
Jawapannya tetap
Aku adalah satria bangsaku.
El’yaz Mu’arif
(Maktab Rendah Tampines Meridian)
Laporan berkaitan
TaubahMay 24, 2025 | 1:55 PM
Menuju Singapura Yang HijauApr 30, 2025 | 4:17 PM

