Pasukan penyanggah dari Sekolah Menengah Anderson yang terdiri daripada empat pelajar—Chau Yong Lin, 15 tahun; Syed Shameel Syed Mohammed Daneil Alkaff, 14 tahun; Winsen Lee, 15 tahun; dan Sofea Verena Hyder Umeer Hyder (tidak hadir), 14 tahun—meraih tempat pertama dalam Pusingan Akhir Bahas Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) 2025.
Pusingan akhir yang berlangsung pada 31 Mei di Auditorium Pusat Bahasa Serantau (RELC), menyaksikan pasukan Anderson ini berjaya menewaskan Madrasah Aljunied Al-Islamiah.
Dalam pada itu, pembahas kedua Anderson, Syed Shameel Syed Mohammed Daneil Alkaff, turut dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik Keseluruhan.
Pembahas Aljunied, Nafeesah Mohammed Hadi, pula diumumkan sebagai Pembahas Terbaik Peringkat Akhir.
Mauduk perbahasan pada peringkat akhir adalah ‘Pemerintah bertanggungjawab utama dalam menangani masalah kesunyian dalam kalangan warga emas di Singapura’.
Kali terakhir pasukan Sekolah Menengah Anderson memenangi gelaran juara ialah pada 2017.
Mereka membawa pulang piala dan baucar tunai sebagai hadiah.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg