Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Selain bahasa Melayu, lebih indah selami rumpunnya juga

Dec 20, 2021 | 05:30 AM



KEUNIKAN bahasa Melayu tidak tertakluk kepada 'Melayu' itu sahaja.



Malah, keunikan ini terdiri daripada rumpun-rumpun yang berbeza dan lebih luas lagi.



Oleh itu, presiden Angkatan Sasterawan '50 (Asas '50), Encik Suraidi Sipan, menyeru masyarakat agar terus menggunakan bahasa Melayu sambil mendalami dialek dan sejarah yang ada dalam bahasa itu.



"Saya rasa bangga masyarakat kita boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.



"Tetapi, akan lebih bangga lagi kalau (mereka) boleh bercakap dalam bahasa dialek dan suku kaum kita.



"Malah, orang akan lebih menghormati kita terutama sekali mereka yang mengamalkan bahasa dialek itu," katanya semasa bercakap kepada media pada pelancaran buku memoir mantan Setiausaha Parlimen Kanan Encik Yatiman, Perjalananku - Dari Desa ke Likuan Kota, di Taman Warisan Melayu minggu lalu.



Encik Suraidi menjelaskan lagi bagaimana bahasa Melayu itu telah berkembang dari semasa ke semasa.



"(Bahasa Melayu) berkembang atas dukungan dan sokongan daripada bahasa suku-suku kaum di Nusantara ini. Misalannya, daripada suku kaum Jawa, Bugis, Batak, ataupun Makasar.



"Tetapi ramai tidak tahu akan keunikan bahasa ini kerana mungkin, mereka tidak mengkaji atau mempunyai pengetahuan yang mendalam," kata Encik Suraidi.



Dalam majlis pelancaran buku itu juga, Encik Suraidi sempat membaca puisi tradisional bahasa Jawa disebut Pupuh Pangkur yang menyentuh filsafat masyarakat orang Jawa.



Bagi beliau, puisi itu bantu menyentuh identiti dan perjalanan hidup Encik Yatiman, seorang yang berketurunan Jawa dan juga terdapat dalam buku mantan Setiausaha Parlimen Kanan itu.



"Kalau dikaji, orang Jawa ada falsafah mereka tersendiri. Contohnya, mereka mempunyai puisi jauh lebih lama dari zaman mereka dikenali sebagai Majapahit lagi.



"Dari situ, ia menjadi suatu akar umbi (bahasa) kita dan kita telah mengambil itu semua untuk mengembangkan dan menjadikan ia sebagai sesuatu yang sangat unik sekali," tambah Encik Suraidi.



Encik Suraidi memberi contoh bagaimana perkataan telah diambil daripada suku kaum untuk bantu dalam tutur berbicara harian antara satu sama lain.



"Orang selalu sebut perkataan 'terkesima'. Perkataan itu bukan daripada bahasa kita tetapi telah diambil (dan dikembangkan).



"Ia juga bahasa yang lama tetapi telah kembali digunakan mengikut trend kontemporari," katanya.



Dengan itu, Encik Suraidi bangga sumbangan bahasa daripada suku-suku kaum telah bantu menjadikan bahasa Melayu "kuat dan luar biasa".



Dalam pada itu, beliau juga berkata bahasa-bahasa ini bukan diambil untuk menguasai antara satu sama lain.



Sebaliknya, ia membantu memperkaya serta "memberi nilai tambah kepada perbendaharaan bahasa Melayu".



Sehubungan itu, Encik Suraidi berharap masyarakat tidak akan lupa dan tinggalkan bahasa dialek.



"Masyarakat umum boleh selami dialek suku-suku bangsa ini, bermula daripada keluarga mereka sendiri.



"Orang tua memainkan peranan penting dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka. Mereka rata-rata tahu asal keturunan bangsa mereka. Oleh itu, mulalah belajar dari situ.



"Perlu ada kesedaran dahulu dan kemudian, boleh dikembangkan melalui pergaulan dengan masyarakat umum," sarannya.



Sejak mula ditubuhkan pada 1950, Asas '50 masih terus bersemangat dengan slogan "Sastera Bina Kemanusiaan" yang merangkumi perjuangan mereka mengangkat harkat dan martabat bangsa, bahasa, budaya dan ilmu pengetahuan melalui kesusasteraan.



Harapan mereka menerusi misi itu adalah menjadi bangsa yang berwibawa dan bertata susila seiring dengan tamadun zaman.



Baru-baru ini, Asas '50 telah menjalin kerjasama dengan Kementerian Pendidikan (MOE) di jabatan bahasa ibunda dalam usaha meningkatkan mata pelajaran kesusasteran Melayu di sekolah-sekolah, khususnya pada peringkat maktab rendah.



Asas '50 berharap dengan kehadiran dua buku sastera iaitu Titik Pertemuan dan Atas Langit, ia dapat menjadi penggalak kepada pelajar supaya mengenal, mempelajari dan menghargai sumbangan besar penulis tanah air ataupun serantau - seiring dengan meningkatkan kemahiran berbahasa khususnya bahasa Melayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >