SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Sepertiga malam

Sepertiga malam

Dec 3, 2023 | 5:30 AM

Sepertiga malam

KHUSYUK: Seorang jemaah sedang beribah sendirian di masjid (gambar  hiasan).
KHUSYUK: Seorang jemaah sedang beribah sendirian di masjid (gambar hiasan). - Foto ST

Sepertiga Malam

mata tidak mampu dipicingkan

bergolek ke kiri dan kanan

berkeringat dingin seluruh badan

akhirnya bangkit keresahan

duduk termangu menanti waktu

fikiran bercelaru otak buntu

kian lama terbelenggu

peristiwa pahit nan lalu

segala-galanya semu

juraian air mata tidak berguna

sampai bila diri dibiarkan tersiksa?

maafkan dirimu usah terus terluka

bukalah minda bangkitlah jiwa

tiba masa melakar citra dan cinta

kepedihan bersilih kebahagiaan

hanyalah ujian dan peringatan

buat yang bergelar insan

agar kembali kepada Tuhan

pada sepertiga malam

Junaidah Baharawi

Laporan berkaitan
DiamSep 24, 2023 | 3:32 PM
Calon SyurgaSep 29, 2023 | 9:38 PM
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg