Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Warisan Melayu dirai dalam acara NLB

Jun 05, 2023 | 06:42 AM



SEKUMPULAN penggiat seni termasuk pemuzik dan penyair berbakat membawa peserta menyusuri jalan kenangan dalam acara Sepetang Meraikan Warisan, anjuran Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) di bawah Inisiatif One Story.


Acara tersebut bertujuan meraikan warisan masyarakat Melayu Singapura melalui lagu dan penyampaian sajak serta beberapa persembahan lain yang turut diiringi melodi gitar dan gendang.

Acara yang dianjurkan di perpustakaan Esplanade pada 20 Mei lalu memaparkan kenangan yang dikongsi anggota masyarakat Melayu dari masa lalu.

Ini digambarkan melalui persembahan yang menyelitkan keadaan masa lalu Singapura, seperti menaiki bas lama dan berjalan-jalan di tebing sungai.

Karya kreatif masa lampau juga dipamerkan, termasuk hasil karya penggubah lagu yang disanjungi seperti P. Ramlee dan Zubir Said.

Selain itu, persembahan yang diketengahkan turut menyelitkan unsur romantis dan elemen lucu, dan pengunjung dapat menikmati keindahan zaman apabila masyarakat Melayu tinggal di kampung.

Salah satu persembahan yang diadakan termasuk sesi open mic , yang dipimpin oleh Muhammad Nur Asran, dikenali dengan nama pentasnya, Ahn Dee, dan kawan-kawannya, Muhammad Irwan Zainal and Muhammad Irfan Mohd Yshzid.


Mereka telah menyanyi sambil bermain gitar.

Persembahan lain termasuk dari penyanyi lagu tradisional, Mahani Mahmud; Sahabat Sastera Anis Qurratu’aini daripada Majlis Bahasa Melayu Singapura; dramatis Azman Shariff; penulis Rohani Din; dan penyair Singapura terkenal Kamaria Buang.

Semasa sesi open mic tersebut, antara lagu dan sesi bercerita puisi yang dipersembahkan juga termasuk Nak Dara Rindu, Sayang di Sayang, Joget Hati Senang, Bas Nombor 13, Syair Warisan, Syair di Persisir, Ukhwah, Rindu, Segenggam Nasi dan Tin Kosong.


Muhammad Nur Asran berkata beliau bersyukur diberi peluang melibatkan diri dalam acara tersebut.

“Acara ini menyatupadukan pelbagai masyarakat di Singapura tidak kira bangsa, melalui keindahan lagu dan syair Melayu. Ia fokus kepada kenangan masa lalu, yang dekat dengan warisan Singapura,” kata beliau.

“Muzik dan sastera sentiasa telah menyatupadukan masyarakat dan harapan saya agar sesi ini akan menggalakkan orang ramai agar membaca tentang topik-topik yang berada di perpustakaan,” tambah beliau yang juga seorang penyanyi dan penulis lagu.

Beliau telah menghimpunkan dua temannya, Muhammad Irwan dan Muhammad Irfan untuk melibatkan diri dalam acara tersebut.

Inisiatif One Story adalah usaha NLB di bawah Gerakan Membaca Kebangsaan.

Ia bertujuan mencetus perbualan tentang kisah-kisah Singapura dengan memastikan ia mudah diperolehi oleh semua golongan masyarakat, tidak kira bangsa, bagi mendorong usaha meneroka warisan dan budaya negara.

Ini khas dilakukan melalui penterjemahan cerita pendek Singapura daripada bahasa asalnya kepada bahasa lain – Melayu, Tamil, Mandarin dan Inggeris serta membukukannya.

Ia telah diusahakan sejak 2020.

Cerita pendek pertama yang telah diterbitkan adalah cerita Tamil berjudul Dharma’s Chariot.


Ia ditulis oleh pemenang Hadiah Sastera Singapura, Sithuraj Ponraj dan ditulis berdasarkan tema keluarga, budaya, dan warisan.

Cerita pendek Melayu berjudul Razi, hasil karya Dr Sa’eda Buang, diterbikan pada 2021 dan mengisahkan tentang kasih sayang ibu dan komitmennya menjaga orang berkeperluan khas.


Cerita pendek itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >