Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

40 penduduk Eunos Crescent tinggalkan flat akibat kebakaran di koridor, tangga

Apr 16, 2024 | 4:57 PM
Barang-barang yang diletakkan di sepanjang koridor Blok 25, Eunos Crescent dijilat api dalam kebakaran pada 15 April.
Barang-barang yang diletakkan di sepanjang koridor Blok 25, Eunos Crescent dijilat api dalam kebakaran pada 15 April. - Foto TIKTOK AGENTHERMIEMALEK

Sekitar 40 penduduk flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Blok 25, Eunos Crescent telah meninggalkan flat mereka menyusuli kebakaran yang berlaku di koridor dan tangga tingkat tiga blok berkenaan pada 15 April.

Video yang dimuatnaikkan di TikTok menunjukkan asap hitam berkepul-kepul dari blok itu, dengan penduduk menyaksikan anggota bomba tiba bagi memadamkan api yang sedang marak.

Menjawab pertanyaan media, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan mengenai kebakaran itu sekitar 6.45 petang.

Kebakaran melibatkan barang-barang yang diletakkan di sepanjang koridor berkenaan berjaya dipadamkan dengan menggunakan dua pancutan air.

SCDF dan polis memindahkan kira-kira 40 orang dari unit-unit kediaman berhampiran sebagai langkah berjaga-jaga.

Tiada kecederaan dilaporkan, kata SCDF, sambil menambah punca kebakaran sedang disiasat.

Dalam hantaran di Facebook pada 16 April, Anggota Parlimen GRC Marine Parade yang mentadbir kawasan tersebut, Encik Mohd Fahmi Aliman, melahirkan penghargaan kepada anggota bomba yang telah memadamkan kebakaran dan membantu polis memindahkan penduduk dari unit-unit berdekatan.

Encik Fahmi, yang juga Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, berkata pasukannya dari Majlis Bandaran Marine Parade sedang berusaha untuk memulihkan bekalan tenaga elektrik di kawasan yang terjejas.

Di samping itu, ia turut memantau dan mengambil tindakan susulan dengan unit terjejas untuk menghulurkan bantuan.

“Jawatankuasa Penduduk Eunos juga akan dibuka untuk penduduk kami yang terjejas,” tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg