Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

7 remaja bantu siasatan polis berkenaan kes buli

Mar 10, 2018 | 02:00 PM



TUJUH remaja kini sedang membantu pihak polis dalam siasatan berikutan laporan yang difailkan mengenai kes pembulian seorang remaja wanita. 



Video yang dimuatnaikkan dalam talian itu menunjukkan dua remaja wanita berpakaian biru bercangkung di perkarangan koridor, dan kelihatan seperti sedang berbual dengan seorang remaja berbaju hitam yang sedang duduk. 



Tiba-tiba,remaja wanita yang berada di sebelah kanan menyepak remaja yang sedang duduk itu.



Remaja wanita di sebelah kiri pula, yang kelihatan mengenakan pakaian dengan perkataan “Dunman Sec” turut serta menyepaknya. 



Akhbar Shin Min Daily News berkata dalam satu laporan pada Rabu lalu bahawa insiden tersebut berlaku pada 15 Februari. 



Ia menyatakan bahawa mangsa adalah seorang remaja wanita berusia 15 tahun, yang telah melaporkan kejadian itu kepada polis selepas video tersebut tersebar luar dalam talian. 



Video itu dimuatnaikkan ke SINK- laman Facebook Singapore Ink- namun laman tersebut tidak lagi dibuka kepada masyarakat awam. 



Pihak polis mengesahkan bahawa laporan telah dibuat dan menyatakan bahawa tujuh remaja berusia 15 hingga 19 tahun kini membantu dalam siasatan. 



Ini termasuk lima remaja wanita dan dua remaja lelaki. 



Tidak jelas sekolah mereka. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >