Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

SHIFAQ SAUDA TRADING

Amalkan sendiri Pati Ash-Shifaa Sauda sebelum jual di pasaran

Oct 29, 2023 | 05:31 AM



Mendapat serangan jantung berulang menjadi titik permulaan kepada Pengasas Pati Ash-Shifaa Sauda, Encik Mohd Rafik Nawab, menggunakan perubatan cara tradisional bagi meningkatkan tahap kesihatannya.

Encik Mohd Rafik berkata beliau mula mengamalkan pati daripada ramuan seperti madu, bawang merah, bawang putih dan jintan hitam, setelah mendapat saranan daripada seorang guru agamanya pada1996.

“Ketika itu, saya diserang sakit jantung buat kali ketiga. Kemudian, seorang guru agama menyarankan saya membuat pati daripada ramuan tersebut dan mengamalkan pada setiap hari sebagai makanan tambahan. Alhamdulillah, sejak mengamalkan pengambilan pati tersebut bersama gaya hidup sihat, kesihatan saya bertambah baik,” jelas Encik Mohd Rafik.

KONGSI MANFAAT
PATI SEMULA JADI

Percaya terhadap manfaat yang dimiliki pati semula jadi ini, Encik Mohd Rafik ingin berkongsi kebaikan Pati Ash-Shifaa Sauda dengan memasarkan produk tersebut sejak 2004, selepas mendaftarkan perniagaan di bawah nama Shifaq Sauda Trading.

Tambahnya:

“Bermodalkan $5,000, saya menghasilkan pati tersebut dengan mengisar bahan-bahan yang diperlukan dan memasaknya selama lebih kurang satu hari.

“Segala proses dan bahan yang digunakan telah diuji terlebih dahulu supaya ia dapat menghasilkan pati terbaik. Sekira hasilnya tidak konsisten, saya akan memasaknya semula supaya mutu pati ini dapat dijaga sebaik mungkin.”

Berkat keberkesanan Pati Ash-Shifaa Sauda dan usaha Encik Mohd Rafik sendiri, kini produk tersebut sudah menjadi jenama kesihatan yang diedarkan di seluruh Singapura dan Malaysia.

MENGGUNAKAN
FORMULA ISTIMEWA

Beliau turut berkongsi kelebihan Pati Ash-Shifaa Sauda sebagai makanan tambahan terbaik untuk mengekalkan tenaga berpanjangan setiap hari.

Beliau menjelaskan, Pati Ash-Shifaa Sauda ialah sejenis makanan tambahan herba tradisional yang diperkaya dengan bahan semula jadi tanpa bahan pengawet bersama gabungan madu, bawang merah, bawang putih dan jintan hitam (black seed, Nigella Sativa) untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan umum.


Selama berabad-abad, formula Nigella Sativa telah digunakan sebagai ubatan semula jadi dan resipi turun-temurun di Timur Tengah, lebih daripada 2,000 tahun.

Justeru, manfaat formula Nigella Sativa dalam Pati Ash-Shifaa Sauda yang berharga $25 sebotol ini sangat diyakini sebagai makanan tambahan bermutu tinggi.

KEPENTINGAN
MAKANAN TAMBAHAN

Encik Mohd Rafik yang juga merupakan Pengarah Shifaq Sauda Trading berkata sumber makanan tambahan seperti Pati Ash-Shifaa Sauda memainkan peranan penting dalam meningkatkan tenaga individu, di samping menyediakan pelbagai manfaat kesihatan lain.

“Kelesuan atau kekurangan tenaga sering memberi kesan kepada kehidupan seharian seseorang sehingga menjejas gaya hidup produktif. Oleh itu, pengambilan makanan tambahan dapat membekalkan tenaga yang diperlukan dan mengekalkan kecergasan harian.

“Insya-Allah, pati ini mampu membantu sistem penghadaman, kardiovaskular, pernafasan dan imunisasi seseorang. Ternyata, ia memiliki pelbagai manfaat yang dapat membantu meningkatkan kesihatan seseorang. Oleh itu, saya menyarankan orang ramai agar mencuba produk Pati Ash-Shifaa Sauda yang selamat digunakan sebagai makanan tambahan.

“Di samping mengambil makanan tambahan, jangan lupa juga mengubah tabiat pemakanan dan amalkan gaya hidup yang sihat supaya ia dapat membantu mengubah tahap kesihatan diri. Konsistensi adalah kunci utamanya. Utamakan kesihatan anda dengan mengamalkan gaya hidup aktif dan pengambilan pati herba semula jadi ini secara konsisten. Dengan itu, anda pasti akan merasai perubahan yang ketara,” kata Encik Rafik lagi.

CARA MENDAPATKAN PATI ASH-SHIFAA SAUDA


1. Kunjungi pengedar sah seperti kedai Al Barakah Jamu Centre, Al Barakah Tampines, Al Barakah Woodlands, Amin Store (Jurong West), Fatimah Trading Pte Ltd, Toko Iktikad, Toko Warisan Jamu Centre, Toko Wan Ikhsan, Toko Warisan dan Warisan Jaya.

2. Hubungi Shifaq Sauda Trading melalui talian 9229-3617, 6733-4558 atau 6243-0403.

3. E-mel kepada shifaa_sauda@singnet.com.sg atau rafikrug@singnet.com.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >